Saturday, November 7, 2009

Ruqyah Syari'ah

Sebaik belakang di sentuh..terasa badanku panas...dada berdebar2..tidak keruan. Jangan berilusi..jgn physco..bisik akalku...Namun tetap bergetar hebat..seolah2 aku akan berdepan dgn hantu...

Ustaz membuat bacaan....hatiku berlagu..Allah..Allah..Allah...namun,getaran semakin hebat..tanpa kusedar,bacaan Allah semakin kuat..aku ingin melawan apa yg kurasa..Esakan mula keluar...sedikit demi sedikit..aku ingin hentikannya..aku tidak perlu menangis..bukan aku di pukul..atau di beri cerita sedih..cuma ruqyah syariah dibacakan,....Tapi,aku tidak mampu..aku menangis..kaki dan tangan ku terketar2..seperti ada yg mahu mengangkatku pergi..membawaku pergi..aku menggigil..Bacaan dikuatkan..esakku semakin kuat..gigilku semain hebat..laungan Allah semakin kuat..Aku berserah..tidak lagi melawan selain zikirku...

Belakang ku di tepuk,,namun semuanya masih sama...ustaz memanggil ku ..kakak..kakak...buka mata..Aku tidak mampu kembali..masih lagi berkeadaan yg sama..agak2 5minit,baru aku tersedar..Kupandang suamiku..dia tidak mengalami apa2 sepertiku..keadaannya normal..Aku ??kaki & tangan ku kebas...Selepas berbicara..merawat apa yg patut..kami pulang

Tidurku terganggu seperti biasa..jasadku tidur,mindaku segar..hasilnya amat meletihkan..Aku bermimpi perkara2 buruk..namun tidak satu pun berbekas di minda kecuali satu...ada batu & pasir2 keluar dr urat tangan ku...

apakah tandanya ini? Aku tidak mahu tahu punca atau siapa atau apa....yg aku tahu,aku mahu sembuh dan hidup seperti sediakala...



Tuesday, October 27, 2009

memories

aku cuba melupakan segala kenangan yg ada..yg pahit malah yg manis juga..kalau itu yg perlu. Aku perlu buka lembaran baru untuk diriku..kalau yg manis utk pahit jika dikenang..buat apa aku nak ingat??

Tapi,bukan semudah memadam tulisan di atas kertas..setiap kali aku cuba melupakan..ada saja perkara perkara yg mengingatkan aku semula. Astaghfirullah...cuma itu yg mampu aku lafazkan..Ya Allah..tolongalh agar aku dapat lupakan semua ni...

Friday, October 23, 2009

Motivator

Sentiasa pandang apa segala kelebihan yang U ada..list it down. U cantik..ada kerja yg bagus..ada anak yg cantik dan sihat..ada family yang bahagia..ada kewangan yg kukuh..badan U sihat..semua U ada.Tak ada satu pun kekurangan pada diri U..so, kenapa U nak susahkan hati U dgn perkara2 yg remeh temeh??

If you have decide to......, go for it. Forget about the past ..yes,its hurt,but it cant be changed. Take it as a lesson and move foward.Be positive..bla,..bla..bla..

Someone that i dont really know saying that to me...walaupun she dont know what is happened to me..

YES...I HAVE EVERYTHING IN MY LIFE...and THEY ARE MY EVERYTHING



Thursday, October 8, 2009

Theraphy Jiwa





Ni kira unplanned nyer activiti yg aku panggil terapi jiwa.Dgn keadaan jiwa kacau,aku decide tuk spend masa berdua kat Federal Hotel,Bukit Bintang KL. Tak der apa2 planning,so..we just spend the time together..ronda2 low yat plaza,BB plaza,Lot 10 and pavillion. Dr lepas asar,maghrib kat BB plaza..ronda ke pavillion..kat kul 12 baru balik hotel..tidur. Lupa sekejap problem yg melanda..

The next morning,having breakfast kat Bestana,kedai mamak kat hotel istana...then.ronda pavillion lagi..tak beli menda pun..adalah t shirt and darling beli jeans. The best is we bought a pair of rings..engrave with our name...Zahrin Laila Oct 09...terasa cam baru bercinta lak..Release gak tension..dan relax sebelum memikirkannya semula bila balik...cant help to stop thinking about it..(that time lah..now dah 90% ok kot)..

So..cant wait to spend time together again,only both of us. I love U darling

Untuk anak2,dont wori..mama dah book hotel kat Genting next month,betul2 bila cuti sekolah start...I love u all too

Tuesday, October 6, 2009

The New Me`

Huh..letih betul aku selepas raya ni..penat,stress,menangis,merintih,..marah..semua ada. Aku rasa lost..lost dlm dunia aku sendiri.Aku ingat orang tak perasan..tapi,bila asyik dpt ym tanya what happened,baru aku sedar..i 've changed a lot.

Minggu ke 2 selepas peristiwa pahit tu..aku dah mula reda dan redha.Aku mula dapat terima qada' & qadar...aku tak ingin menoleh lagi.setiap manusia tidak sempurna..begitu juga aku.Aku belajar menerima kesilapan orang lain..dan menganalisa kesilapan sendiri. Aku menerima hakikat tak semua yang kita inginkan akan jadi kenyataan. Thanks utk yg memberi support..to suami tersayang,zahrin...anak2 ,Along, Angah dan muadz yg turut terasa tempias stress ni. Thanks to Fuad for the very2 useful advise,Angah..for encouragement, Anchik,nana,Lina,Rozye..and all FB fren..thanks a lot.Walaupun you guys tak tau what had happened, but setiap hari aku terima support dan jugak kasih sayang yang tak terhingga...semua tu lah yang menguatkan semangat aku yg hampir2 melayang jauh. And again...Thanks to suami again for everything...I sayangkan U very2 much..

Dan..terimakasih tidak terhingga kepada ALLAH yang sentiasa dekat dengan ku..yang sentiasa mendengar aku bermanja,mengadu,merintih,tak kira masa..mlm pagi petang..setiap masa. sentiasa menenangkan aku di saat aku gelisah...mententeramkan aku di saat jiwaku kacau..Aku akan selalu merinduiMU..setiap saat aku akan menanti saat utk bersamaMU..aku tak akan terlewat lagi..aku akan sentiasa berbicara denganmu...

Maafkan I sebab terleka seketika hingga lupa U memerlukan I sentiasa..Maafkan mama terlalai seketika..mama perlukan masa utk menghilangkan rasa tekanan ini..sungguh hebat rasanya hinggakan mama sendiri merasa hairan yg mama mampu melaluinya.Thanks again...

Well,inilah masa utk aku bangun semula..berubah demi masa depan kami sekeluarga. Biarpun lukanya masih ada, biarkan ianya terubat sendiri..insyaallah.Allah ada penawarnya.Aku percaya itu kerana aku melalui saat2 luka yg pedih..teramat..namun hari ini,ianya semakin sembuh.

Doakan kami akan melalui saat2 manis di masa akan datang..malah lebih manis dr yg sebelumnya..






Friday, October 2, 2009

Terima kasih allah

Aku cuba berjalan..jatuh..namun aku cuba kembali..jatuh lagi...aku menangis..menangis..dan terus menangis.Mengeluh..kesal..mencari silapku..mencari puncanya..tapi,lagi kucari,aku semakin lemah dan kalah....lantas,apakah cara yg perlu aku lakukan lagi...

Aku semakin mencari dan terus mencari..ternyata apa yg aku cari tidak membawa sebarang erti..malah semakin menyakitkan..tertekan..aku hampir berputus harapan..

Namun..akhirnya aku akui,kemana saja aku pergi,aku harus tunduk dan akur dengan kehendak Allah..sesungguhnya dialah yg merencanakan semua ini...dan pastinya utk kebaikan..lantas,kenapa harus aku tertekan kerana aku tahu Allah tahu apa yg terbaik untukku..

Aku teruskan bersujud..memohon kepadanya..bercerita kepadanya..selain dari itu,aku serahkan kepadanya..Biarlah Dia yang menggerakkan hatiku..memberikan ku ilham..mendorongku ..aku serah 100%.Aku tidak mampu melawan takdir..lantas,utk apa aku berkerja keras ..cuba menyelesaikan sesuatu yang aku sendiri tidak tahu walaupun satu saat ke hadapan.Aku ingin tenang..aku ingin bebas dr beban ini...

Aku tahu...pasti ada sesuatu yang manis menungguku..cuma masa yang menentukan...

Terima Kasih Allah.

Sunday, September 27, 2009

Harapan

Diberi harapan memang mengasyikkan...
namun,hanya Allah yg tahu samada ianya bakal terjadi atau tidak
Berdoalah,,kerana hanya DIA yang maha mengetahui...